There was an error in this gadget

Friday, February 11, 2011

sek0lah jururawat ~ k0men ala iklan ~

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Pengalaman menimba ilmu di PUSRAWI ICOMS dalam bidang sains kejururawatan di peringkat diploma memberi makna yang besar dan membawa perubahan dalam hidup saya dari segi perspektif individu bagaimana saya melihat bidang kejururawatan mampu membawa kebaikkan bagi diri saya dan masyarakat sejagat.

Bersandarkan konsep islamiah yang sememangnya menjadi imej kolej ini, saya didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan dari segi  sains dan islam bagaimana menjadi seorang jururawat yang berfikiran moden namun masih bersandarkan prinsip – prinsip sebagai seorang muslimah. Baik dari segi percakapan sehinggalah dalam membuat keputusan bagi mendidik saya menjadi jururawat yang produktif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

PUSRAWI ICOMS juga memiliki tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan mahir dalam bidang kejururawatan. Ini memberi lebih peluang kepada para pelajar untuk mencedok sebanyak mungkin ilmu dari barisan tenaga pengajar. Pihak pentadbiran akademik juga berusaha sebaik mungkin bagi memastikan para pelajar mendapat pengalaman klinikal di hospital – hospital tempatan. Bagi saya , pengalaman yang saya peroleh sewaktu menjalani latihan praktikal kejururawatan amat berguna dan boleh dijadikan panduan di masa akan datang.

Persekitaran yang sederhana namun kondusif turut membantu saya sewaktu saya menjalani sesi pembelajaran mahupun latihan klinikal. Tambahan lagi, di
PUSRAWI ICOMS, para pelajar terdiri dari berbilang bangsa dan agama  yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Keadaan ini juga memberi satu pengalaman baru dalam menyahut seruan kerajaan menjayakan modul 1Malaysia, selain memberi peluang kami bertukar – tukar pendapat.

Akhir kata, PUSRAWI ICOMS mempunyai keistimewaan sendiri untuk dipilih sebagai pusat melanjutkan pelajaran dalam bidang kesihatan.


                                                                                     Nor Syafinaz bt Khairuddin
                                                                                         Sesi Januari 2008

p/s : s0 diatas ni adalah feedback ala2 iklan yg perlu aku buat atas permintaan slh seorg staf k0lej..Encik Azli..tp ni versi skema..xlama lagi aku buat versi x skema..^_^
dulu sekolah jururawat pusrawi, pastu kolej kejururawatab pusrawi..skrg lg kebab0m.. pusrawi icoms plak..

5 comments: